FEBRUARI 2022

Abg Jo Rasmi Lebuhraya Pan Borneo WPC 10 (Seksyen Jejambat Nyabau)


Bintulu, 19.2.22 - Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari Tun Abg Openg telah merasmikan WPC 10, Seksyen Jejambat Nyabau, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Bintulu. 

Dalam ucapan perasmian, YAB Abg Jo terlebih dahulu mengucapkan terima Kasih kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia dibawah kepimpinan YB Dato Sri Haji Fadillah Haji Yusuf kerana memberi komitment yang tinggi bagi mempastikan Projek ini diteruskan dan disiapkan demi rakyat Sarawak menjelang penghujung Tahun 2022 dan juga Jabatan Kerja Sarawak yang mengurus tadbir Projek dari Sematan sehingga ke jalan Pujut Link, Miri. 

"Lebuhraya tersebut merupakan satu keperluan dan elemen penting bagi mengerakkan Nadi Pembangunan ekonomi dan Infrastruktur Sarawak menjelang Tahun 2030" katanya.

Tambahnya, dalam keadaan C-19 melanda rakyat, ternyata dasar yang Kerajaan perkenalkan dapat membantu mereka menerusi pemulihan ekonomi kita daripada Covid-19, kerana telah mendapat mandat besar daripada rakyat pada PRN ke-12. 

Akhirnya, YAB Abg Jo mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan rakyat kepada parti GPS bagi menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju dan juga mengucapkan tahniah kpd Penduduk Bintulu diatas pembukaan Jejambat Nyabau. 

Turut hadir, YB Dato Sri Haji Fadillah Hj Yusuf, Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Infrastukur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi anak Utom, Menteri Permodenan  Pertanian dan Pembangunan Wilayah merangkap ADUN N69 Kemena, YB Datuk John Sikie Tayai, Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap ADUN N60 Kakus dan kenemaan lain.

Sumber dari : Sarawakku